Judul : Kenapa Anda Suka Ingat Sesuatu Ketika Solat
link : Kenapa Anda Suka Ingat Sesuatu Ketika Solat
Kenapa Anda Suka Ingat Sesuatu Ketika Solat
SUATU ketika dalam sebuah perbincangan, tercetus satu kenyataan. "Kalau lupa sesuatu, kamu solat saja! Nanti pasti ingat kembali. "
Memang ada beberapa orang yang teringat kembali terhadap kejadian-kejadian yang telah terlupa, justru ketika mereka sedang melakukan solat.
Ingat belum bayar hutang kepada si ibu anu, ingat ansuran periuk hingga ingat mantan si doi yang baru saja diperistri orang. Dan pelbagai ingatan demi ingatan lain, yang muncul justru ketika solat. Lalu kenapa ketika sedang solat kita seringkali teringat sesuatu hal?
Suatu ketika, imam abu Hanifah memberikan fatwa kepada orang yang lupa di mana ia menyembunyikan hartanya.
Abu Hanifah memberikan kesimpulan untuk menjawab orang yang bertanya kepada beliau, bahawa dirinya telah menanam hartanya. Sementara dia lupa, di mana dia menanam hartanya. Abu Hanifah menasihatkan agar orang ini solat dan berusaha untuk khusyuk, dan tidak memikirkan dunia apapun. Orang inipun mengikuti nasihatnya Abu Hanifah, dan dia ingat tempat dia menanam hartanya seketika itu juga. (Tanwir al-Hawalik, hlm. 69).
Dengan melakukan solat, harta yang lupa disembunyikan di mana, seketika teringat kembali. Tapi ternyata ingatan yang kembali itu merupakan usaha syaitan untuk mencederakan solat kita.
Syaitan mengingatkan ingatan yang terlupa ketika kita solat. Khanzab adalah syaitan pakar pengganggu solat.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda,
Ketika azan dikumandangkan, setan menjauh sambil terkentut-kentut, sehingga tidak mendengar azan. Setelah azan selesai, dia datang lagi. Ketika iqamat dikumandangkan, dia pergi. Setelah selesai iqamat, dia balik lagi, lalu membisikkan dalam hati orang yang solat: ingat A, ingat B, mengingatkan sesuatu yang tidak terlintas dalam ingatan. Hingga dia lupa berapa jumlah rakaat yang dia kerjakan. (HR. Ahmad 8361, Bukhari 608, Muslim 885 dan yang lain).
Ketika kita sedang solat, dan teringat akan hal duniawi. Ketahuilah bahawa syaitan tengah memperdaya kita agar solat kita kosong, hampa makna dan rosak kualitinya.
Utsman bin Affan pernah bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, setan telah mengganggu shalat dan bacaanku." Beliau bersabda, "Itulah syaitan yang disebut dengan 'Khanzab', jika engkau merasakan kehadirannya maka bacalah ta'awudz kepada Allah dan meludah kecillah ke arah kiri tiga kali. "(HR. Ahmad).
Jadi, ketika anda mengingat sesuatu perkara selain urusan perihal solat, ketahuilah bahawa Khanzab tengah menggoda.
"Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan menghalang-halangi mereka dari jalan yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat) "(Qs.Al A'raf: 16-17).
Wallahu a'lam.
sumber islampos.com
Demikianlah Artikel Kenapa Anda Suka Ingat Sesuatu Ketika Solat
Sekianlah artikel Kenapa Anda Suka Ingat Sesuatu Ketika Solat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Anda Suka Ingat Sesuatu Ketika Solat dengan alamat link http://beritaislamdiindonesia.blogspot.com/2017/01/kenapa-anda-suka-ingat-sesuatu-ketika.html
0 Response to "Kenapa Anda Suka Ingat Sesuatu Ketika Solat"
Posting Komentar